STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN

 

 

 

                STRATEGI

 

 

 

Merujuk kepada cara bagaimana guru ingin mencapai matlamat pengajarannya. Ianya merangkumi beberapa aspek urutan dan susunan maklumat dan membuat keputusan bagaimana mencapainya (Dick & Carey, 1996


KAEDAH

 

        Kaedah pengajaran pula adalah cara menyampaikan maklumat atau menjalankan aktiviti pengajaran.

 

 

 

PANDUAN BAGI MENJADIKAN KAEDAH PENGAJARAN BERKESAN.

 

 

 

  1. Kuliah

 

Bagaimana anda boleh menngunakan kuliah dengan berkesan? Kaedah ini tidak sesuai digunakan sepanjang waktu pengajaran. Waktu kuliah yang menggunakan kaedah ini biarlah pendek, selain itu pastikan pelajar yang mengikuti pelajaran dengan kaedah ini mengetahui cara mengambil nota. Panduan bagi merancang penggunaan kaedah ini adalah;

 

i.                    Pengenalan kepada kuliah supaya menarik minat

 

ii.                  Nyatakan rangka isi kuliah

 

iii.                Beri definisi kepada terminology yang tidak biasa dengan pelajar

 

iv.                Mesti fleksibel, beri ruang pelajar komen, kemukakan soalan

 

v.                  Sususn maklumat kuliah mengikut susunan logic

 

vi.                Sediakan contoh bagi menjelaskan idea utama

 

vii.              Gunakan alat Bantu

 

viii.            Elakkan bercakap tanpa henti melebihi 15 minit dalam satu masa

 

ix.                Perhatikan bahasa tanpa lisan yang ditunjukkan oleh pelajar

 

x.                  Buat kesimpulan diakhir kuliah

 

 

 

  1. Perbincangan

 

Perbincangan merupakan suatu kemahiran, beberapa panduan bagi membolehkan kaedah ini dilaksanakan dengan berjaya;

 

i.                    Kenali pelajar anda, tentukan pelajar mana akan dipanggil bercakap kemudian diperluaskan kepada pelajar lain

 

ii.                  Perancangan bagi memastikan perbincangan dibawa ke hala tuju yang betul

 

iii.                Pelajar kenal antara satu sama lain

 

iv.                Hargai semua soalan dank omen

 

v.                  Mulakan dengan soalan terbuka, yang boleh membawa pelbagai jawapan

 

vi.                Elakkan daripada pelajar hanya memberi maklumat

 

vii.              Pastikan setiap orang berpeluang melibatkan diri

 

viii.            Sekali sekala guru membuat rumusan, dan akhirnya segala yang diperolehi hendaklah dihubungkan dengan soalan asal yang kemukakan

 

 

 

  1. Demontrasi

 

Demontrasi adalah kaedah di mana guru menunjukkan sesuatu kepada pelajar atau kelompok pelajar. Demontrasi peril diikuti dengan pelajar berpeluang melakukannya. Panduan dalam merancang demontrasi;

 

i.                    Tulis langkah-langkah demontrasi

 

ii.                  Pastikan setiap pelajar terlibat

 

iii.                Kumpul bahan demontrasi dan cuba sekurangnya sekali

 

iv.                Sediakan soalan semasa demontrasi

 

v.                  Ianya dapat dilihat oleh semua pelajar

 

vi.                Terangkan langkah kepada pelajar satu persatu

 

vii.              Beri puluang mencubanya

 

viii.            Buat ulasan keseluruhan

 

 

 

  1. Sumbangsaran

 

Sumbangsaran adalah cara yang berkesan bagi mendapatkan banyak maklumat daripada pelajar dan tentukan idea mana yang paling sesuai. Langkah-langkah pelaksanaannya adalah

 

i.                    Definisikan masalah yang hendak diselesaikan

 

ii.                  Beri masa untuk pelajar memberi idea, pelajar digalakkan beri idea

 

iii.                Tidak benar kritik atau tertawakan idea orang lain

 

iv.                Pilih idea yang dikehendaki dan pastikan semua setuju

 

 

 

  1. Main Peranan

 

Main perana melibatkan perlakuan yang diimagenasikan. Lakonan secara spontan.

 

Bagaimana kaedah ini boleh digunakan?

 

i.                    Nyatakan objektif pembelajaran

 

ii.                  Bincang peranan yang dimainkan termasuk hubungan antara peranan

 

iii.                Terangkan situasi dan latar belakang

 

iv.                Lakonkan peranan

 

v.                  Buat perbincangan dan rumusan

 

 

 

  1. Lawatan

 

Lawatan biasanya didefinisikan sebagai membawa pelajar ke tempat tertentu dengan tujuan tertentu. Tujuan lawatan adalah melihati sesuatu situasi atau amalan yang tidak boleh dibawa ke dalam bilik darjah. Apakah yang guru perlu lakukan?

 

i.                    Kebenaran daripada pentadbir dan ibubapa

 

ii.                  Tujuan dimaklumkan kepada pelajar

 

iii.                Disiplin pelajar

 

iv.                Pengangkutan sesuai

 

v.                  Surat terima kasih

 

vi.                Rumusan dan penilain lawatan

 

 

 

  1. Inkuiri

 

Ia merupakan kaedah saintifik yang merujuk kepada proses penyoalan, mencari pengetahuan dan maklumat atau mengkaji sebab sesuatu fenomena boleh berlaku. Elemen yang terdapat dalam kaedah ini adalah;

 

i.                    Masalah- adalah asas kaedah ini, sepatutnya ‘benar berlaku’

 

ii.                  Latar belakang maklumat

 

iii.                Bahan

 

iv.                Soalan memandu

 

v.                  Hipotesis- dibuat hasil daripada soalan memandu

 

vi.                Memungut data dan analisis

 

vii.              Kesimpulan